Sudah lama aku nak tulis tentang perkara ini. Namun aku tangguhkan kerana topik ini tidak sepatutnya aku luahkan sama ada pada kawan-kawan ataupun di dalam diari apatah lagi untuk tatapan umum di dalam blog.
Emak dan abah aku. Aku rasa mereka berkahwin atas dasar cinta. Walaupun usia mereka telah melebihi 70 tahun sejak dua tahun yang lalu namun seingat aku, perbualan yang tenang dan penuh kegembiraan antara mereka berdua hanya boleh bertahan dalam 10 minit sahaja. Setiap patah perkataan atau ayat yang keluar daripada mulut masing-masing pasti tidak akan disenangi oleh satu sama lain. Mereka akan berbalah tentang apa sahaja walau di mana mereka berada.
Oleh sebab, kami tinggal berhampiran atau dalam lingkungan keluarga sebelah emak maka, mereka tidak segan silu untuk berbalah-bertengkar. Itu merupakan satu senario yang sangat biasa. Kalau nak lihat perbualan panjang yang aman dan tenteram dan penuh kegembiraan ialah masa keluarga sebelah abah datang. Masa tu sure mereka tak bergaduh. Malu.
Sebagai anak, aku tak tahu lagi nak kata apa; sebab, aku sudah pastinya akan bercakap dengan nada yang sedikit tinggi supaya mereka berdua berhenti bertengkar. Dan dalam proses itu, sudah tentunya ada yang akan tersinggung.
Anak-anak aku sejak kecil lagi dah biasa mendengar wan dan atok mereka bertengkar. Pada waktu pagi, aku atau suami akan hantar mereka ke sekolah. Waktu balik emak dan abah akan mengambil mereka. Aku rasa mereka gembira dengan tugas itu. Anak-anakku sayang akan atuk dan wan mereka. Namun apa yang aku terkilan ialah, anak-anakku sentiasa mendengar perbalahan mereka.
" Umi, tadi wan dengan atok bergaduh.... Sebenarnya, puncanya hanya perkara yang remeh-temeh.
Mereka sebenarnya tak tahu tentang kesan mereka berbalah itu. Aku tak tahu kesannya pada anak-anakku. Aku lihat walaupun dua orang anakku di U, dua lagi di boarding school dan satu masih dalam darjah tiga, mereka semua begitu menghormati dan sayang akan wan dan atok mereka 'despite' sikap suka berbalah pada setiap masa tu. Syukur alhamdulillah.
Namun kesannya pada aku dan suamiku yang aku risau sangat. Suami aku dari awal-awal perkahwinan lagi dah nampak sikap suka berbalah ini. Dia dah awal lagi warning aku. Katanya, isteri harus respect suami. Suara jangan tinggi bila bercakap dengan suami.
Aku cuba menjadi isteri yang baik terutama dari segi tuturkata kepada suamiku.
Yang aku tak boleh kawal sekarang ialah perasaan aku, pandangan aku kepada emak dan abah apabila mereka masih tetap seperti itu. BERBALAH. Kadangkala aku terfikir, dulu mereka ni kena kahwin paksa ke? Kalau setiap patah perkataan yang keluar perlu dijadikan topik pergaduhan, kenapa mereka kahwin dulu? Atau bila dan menginjak ke usia 40-an baru datang sikap begitu?
Apapun aku harus ingat " walau buruk bagaimanapun sikap mereka (suka berbalah), mereka tetap emak dan abah aku" - aku mesti respect, aku mesti beri mereka rasa sedikit kemewahan yang termampu , aku mesti senangkan hati mereka.
Namun,
Satu perkara yang mereka tidak sedar ialah, aku dan adik-adikku sebenarnya merupakan mangsa yang akan berdosa akibat tindakan mereka yang suka berbalah itu. Setiap kali aku menegur sikap mereka, aku akan berdosa apatah lagi jika aku terpaksa meninggikan suara - kerana mereka seperti kanak-kanak yang sentiasa hendak menang - tidak pernah merasa mereka bersalah - puas hati setelah dapat menyakitkan hati antara satu sama lain.
Kepuasan hati yang sukar di tafsirkan, sukar diterjemah, sukar dihuraikan, sukar dimengertikan.
Walaupun beberapa tahun lagi aku akan menginjak ke usia 50, aku harap aku tidak akan menjadi begitu - aku tidak mahu berbalah - berbalah itu menyerabutkan!
Thursday, March 18, 2010
Akhir sebuah kehidupan
15 Mac, 2010
Jam 7.05 malam, Kak Nah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia di Bentong. Walaupun dah tenat dan doktor tak mahu menerimanya lagi, dia tetap nak ke Bentong ke rumah Zirah.
Aku tak tahu sama ada kak Nah, tak percaya yang anak-anaknya boleh menjaganya dengan baik di Kelang atau dia lebih percayakan Zirah untuk menjaganya atau dia tak nak menyusahkan anak-anaknya.
Jam 8.20 malam, aku, suami dan anak-anak yang sedang bercuti bertolak ke Bentong. Walaupun aku bersedih tetapi kami semua telah menjangka bahawa hayatnya tidak panjang. Oleh itu dari segi mental, kami telah bersedia menghadapi kemungkinan itu. Sesampai di rumah Zirah, aku lihat Mak mertua aku sedang duduk mengaji di sisi jenazah Kak Nah. Tak ramai orang ketika itu. Aku dari PD, Suhi sekeluarga dan Suhaimi juga sekeluarga dari Seremban, telahpun sampai. Anak menantu kak Nah dari Klang tak sampai lagi. Anak perempuan Kak Nah ada lima orang anak yang masih kecil. Mungkin nak menyiapkan mereka memakan masa. Kita harus berprasangka baik.
Sebenarnya kehadiran anak lelaki sulung Kak Nah , kami nantikan untuk membuat keputusan sama ada nak dikebumikan di kampung, di Gerik atau di Klang. Perlukan jenazah Kak Nah dimandikan dan dikapankan terlebih dulu? Nak uruskan van jenazah. Nak bertolak malam itu juga atau tunggu sehingga esok pagi?
Akhirnya dia, adik lelakinya dan adik iparnya tiba. Anak perempuan kak Nah tidak ikut serta. Kata suaminya, malam itu juga dia akan bawa isteri dan anak-anaknya balik ke kampung. Aku heran, kenapa dia tak boleh bawa sekali isteri dan anak-anaknya. Kenapa dia perlu datang dan balik semula kerumahnya?
Disebabkan anaknya berjawatan tinggi, maka ramailah kawan-kawannya ikut serta untuk melihat jenazah kak Nah. Ketika ini, aku tak dapat lagi menahan air mataku. Aku kasihankan Kak Nah, aku kasihankan semua ibu di dunia ini. (bapa sekali). Aku teruskan membaca surah Yassin kerana orang yang bersedekah bacaan Yassin atau al Quran tidak sampai semua jari sebelah tangan pun. Anak-anakku masih meneruskan bacaan mereka.
Aku bisikkan kepada anakku yang ketiga dan keempat, "nanti, kalau telah sampai ajal umi, janganlah datang seolah-olah menziarahi ibu atau bapa orang lain yang meninggal. Pastikan bacalah Al-Quran atau Yassin untuk umi. Kalau bawa kawan-kawanpun janganlah bawa kawan-kawan yang seolah-olah datang " to pay their last respect for the sake of their colleague", hanya sekadar pandang jenazah dan bercerita tentang hal-hal pejabat.
Semasa jenazah Kak Nah dimandikan, anak-anak lelaki kak nah dipanggil untuk menjirus ibu mereka untuk kali terakhir. Aku rasa sedih, kalau anak perempuan kak Nah datang tentu dia juga boleh turut memandikan ibunya. Peluang terakhir itu tak akan datang lagi.
Aku menangis dan menangis sehingga kawan-kawan anak kak nah heran, ibu mertuaku juga heran. Mataku bengkak. Aku cuma katakan bahawa aku batuk dan selsema. Aku sememangnya batuk.
Tetapi tangisanku hanya kerana satu sebab. Bagaimana sikap anak-anakku sekiranya aku sakit lama dan tidak boleh menguruskan diriku? Anak-anak terpaksa menjaga aku, aku perlu dilap dan dimandikan. Badan aku berbau.
Lindungilah aku daripada menjadi anak yang tidak bertanggung jawab dan lindungilah aku daripada anak-anak yang sebegitu.
Ya Allah ya tuhanku, ampunilah segala-gala dosaku.

Thursday, February 4, 2010
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Semalam, Dhani tanya. Zirul datang kenapa? Aku just kata tak tau. Aku tak syak apa-apa cos dia boleh datang bila-bila dia suka.
Aku tak tau apa perasaan aku terhadap budak tu sebenarnya.Simpati? Mungkin! Tapi kali ini dia melampau. Tindakannya keterlaluan.
Aku kenal diapun masa dia dalam tingkatan 2. Dia merupakan suspek utama menggores kereta Pn. Aria. Mati-mati dia kata dia tak buat. Dia sebenarnya tak ada sebab nak marah Pn. Aria. Yang terlibat bukan dia, tapi kenalan dia. Sebenarnya dibawah akta rahsia rasmi, nama Pn. Aria sebagai pemberi maklumat tak akan diketahui oleh sesiapa pun. Tapi ada seorang pentadbir yang malas aku nak katagorikan jenis apa ,menyebabkan nama Pn. Aria terkeluar juga. Apa lagi kena goreslah kereta. Sampai mintak pindah dia, walaupun dah berkhidmat di situ lebih daripada 20 tahun. Dia kecewa. Baginya susu diberi, dibalas tuba.
Masa disoal siasat, aku lalu je sebelah dia. Aku ajukan soalan yang sama. Awak gores kereta tu ke? Dia kata tak. Aku kata, orang yang mati-mati kata tak tu selalunya memang buat. Dia sengih aje. Aku tetap tak tahu sama ada dia buat atau tidak ketika aku keluarkan kenyataan itu.
Tapi kini aku tau. Aku tau pasti.
Dia datang hanya nak berjumpa umie. Masa berjumpa dan berbual-bual, lalu budak Amir yang baik, lembut dan lurus budaknya. Nak dijadikan cerita, maka terbatuklah budak itu. Zirul tanpa berfikir panjang terus menghampiri Amir lalu menamparnya. Terkebil-kebil budak tu tak tau apa kesalahannya. This is what we call berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Kemudian, datang Pn Hjh Ju, dan berkata bahawa tindakannya itu salah. Zirul begitu marah akan Pn. Ju dan meludah ketanah sambil bertanya siapa Pn. Ju yang berani nak memarahinya? Dia kemudiannya mengugut Pn. Ju. Panjang ceritanya lagi tapi tak ada mood nak cerita tentang akibat tindakannya itu. Kena pindah ke plot cerita yang satu lagi.
Zirul ni pelajar pintar. Walau sebulan dua tak menjengah ke sekolah dia tetap akan skor.
Tapi sayang, bagi aku kalau dia terus bersikap begitu - terlalu mengikut hati dan perasaan, dia pasti akan berdepan dengan perjalanan hidup yang malap.
Nak marah atau perlu simpati?
Lumrah dunia, lumrah hidup - "Nak marah orang pun kena siasat dulu latar belakangnya".

Salah siapa?
Gurukah aku?
Best juga baca buku tu. Muhasabah diri tu penting. Manusia ni mana ada yang perfect? So, tiap kali sebelum bertindak fikir dulu pro dan kontranya. Kalau dah bertindak pulak, perlu buat post mortem. Lain kali kita tak akan buat kesilapan dan kelemahan yang sama.
Ibu bapakah aku?
Ini lagi penting. Sebagai ibu dan bapa, kita sememangnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Mendidik anak-anak bukannya perkara mudah. Lahir saja insan yang bernama anak, ibu bapa dah perlu ada visi dan misi. Cos keluarga juga merupakan sebuah organisasi. Kalau lemah pucuk pimpinannya maka pincanglah keluarga.
Seminggu lalu. Dua hari lepas. Semalam. Pagi tadi. senarionya sama.
Emak saja tinggikan suara, bercerita tentang nasib adik bongsunya yang sering sakit-sakit. Aku bukan tidak simpati.Sebenarnya aku malas nak terlalu bersimpati. Bagi aku, nasibnya sekarang adalah disebabkan dia tidak ada visi masa ketiga-tiga anak-anaklelakinya kecil dulu. Segala tanggungjawab menjaga anaknya dulu diserahkan bulat-bulat pada isterinya. Dia seolah-olah tak puas bujang. Sentiasa 'menyemat'. Sentiasa nak kelihatan segak. Girlfriend sentiasa bertukar-tukar. Mak Chu aku pulak terlalu manjakan anak. Tak belajar tak apa. Anak dia tak pernah salah. Kalau ditegur melenting. (Tak baik aku bercerita begini tentang dia, cos dia dah lama meninggal kerana breast cancer) Basically dia ni baik orangnya, cuma jangan sentuh anak-anaknya.
Sekarang, Pak chu dah tua. Girlfriend dah tak ada. Selalu sakit-sakit. Anak-anak tak boleh diharap. Masing-masing tak lepas nak tanggung diri sendiri, apatah lagi anak bini. Anak yang sorang dah ada kerja bagus , buat hal pulak. Masuk kerja ikut suka. Kalau rasa nak gi kerja baru pergi. Kalau tak, berlengkar kat rumah. Salah siapa tu. Bila bapak dapat pencen, masa tu baru menantu telefon bertanya khabar. Dan tak lupa menyelitkan permintaan cepu masnya. " Bah, nanti bagi duit sikit ya, nak beli susu anak.
Orang biasanya bila dah tua-tua, tak perlu lagi risaukan anak-anak. Anak-anak pulak yang sentiasa menjenguk ibu bapa, beri duit belanja, ajak jalan-jalan, hantar mereka pergi naik haji. Tapi ibu bapa yang sebegini nasibnya kini banyak. Salah siapa sebenarnya ni?

Friday, January 22, 2010
Samar
Surat kepada Perdana Menteri.
Itulah tajuk pertandingan menulis esei anjuran siapa , aku pun tak pasti. Anakku Qib berhasrat untuk menyertai pertandingan menulis esei ini. Sebelum ini pun dia biasa menyertainya. Katanya dia nak menang. Kalau hadiahnya wang, dia nak kumpul untuk membeli sebuah motorsikal. Semasa di tingkatan 3 dia menyertai pertandingan esei Yayasan Perdana. Dia hanya mendapat sagu hati yang berupa voucher RM100 untuk membeli buku di MPH. Anakku yang sulung juga mendapat sagu hati.
Semasa ditingkatan 3 juga ada pertandingan menulis cepen anjuran DBP, kalau aku tak silap. Dia turut nak mencuba nasib. Namun kerana keghairahannya inginkan sebuah motorsikal, tajuk yang dipilih sebagai hasil karyanya ialah 'Bila nak beli motor'. Bahasanya agak baik. Jalan ceritanya masih menarik tetapi isunya mungkin kurang nilai yang perlu ada untuk dipilih sebagai pemenang. Dia tidak kecewa gagal memenangi sebarang tempat. Selepas setahun dia menerima sijil penyertaan daripada DBP. Sijil pun sudah cukup membuatkan dia gembira.
Semasa di tingkatan 4, dia telah diterima masuk ke sekolah SBP di Kuala Lumpur. Ketika ini, dia telah menyahut cabaran MPH untuk menulis esei dalam bahasa Inggeris. Kalau tak silap aku, temanya 'staying and leaving'. Lama betul nak tunggu keputusannya. Namun dia masih juga gagal untuk memenangi sebarang hadiah. Aku buka laman web MPH. Dia tak kisah sangat, dia tak menang kerana katanya bukan eseinya tak bagus tapi esei orang lain lebih bagus daripada eseinya. Hanya dia harapkan ada sijil penyertaan yang diberi oleh MPH. Sekarang ni dia dalam tingkatan 5, sijil itu masih tak nampak lagi. Nampak gayanya tak adalah tu.
Qib tak berputus asa, kali ni dia nak menyertai pertandingan menulis Surat kepada Perdana Menteri. Semangat itu aku kagumi dan sokong.
Namun keberhasilannya masih SAMAR.
Adakah kali ini dia akan mendapat tempat sebagai pemenang?
Adakah dia akan mendapat motorsikal seperti yang diimpikan?
Yang jelas, aku tak akan membelikannya motorsikal.
Remaja dan motorsikal! Kata hatiku tak mengizinkan. Mungkinkah kerana itu dia tak menang?

Sunday, January 17, 2010
Salahkah tindakan itu?
Hospital Putrajaya, 16 Januari, 2010.
Petang tadi melawat Kak Nah. Dia masuk hospital lagi. Kali ini, kakinya bengkak akibat salur darah tersumbat. Aku lihat pipinya kembung dan kulitnya kelihatan gelap. Rambutnya masih botak. Dibiarkannya tanpa memakai serkup kepala. Mungkin dia dah tak larat nak memikirkan tentang penampilan dirinya.
Kali ini, dia tak macam sebelum ini semasa aku melawatnya. Dulu dia jadi pelupa. Tak ingat nama aku, tak ingat macam mana nak terima panggilan telefon yang diterimanya.Dia banyak mengulang semula soalan yang diajukan kepadanya. Kali ini dia dah ingat. Ayat-ayat Al Quran yang dihafalnya dulu juga dia telah ingat kembali. Alhamdulillah.
Namun, aku terkilan kerana atas nasihat aku, dia lambat menjalani pembedahan. Tiga tahun lalu, dia memberitahuku bahawa dia mengidap breast cancer. Dah stage 3. Coming monday nanti dia dah buat appointment untuk operate. Aku nasihati dia supaya pergi berjumpa doktor yang kawanku syorkan - pembedahan secara batin. Telah terbukti berjaya katanya.
Aku sebenarnya teringat kawanku chet yang telah meninggal dunia. Dia meninggal selepas setahun dikesan mengidap penyakit kanser usus. Dia cepat give up. Aku lihat dia semakin cengkung selepas menjalani kimo. Baru kali ketiga kimo, dia beritahu aku bahawa dia lebih rela mati daripada melengkapkan kimo.
Hal-hal sebegini membuatkan aku terlebih simpati dan berusaha untuk membantu kak Nah. Aku telefon anaknya Ed. Aku beritahu Ed, kimo tu terlalu menyakitkan. Aku takut, kak nah tak dapat bertahan dan cepat give up seperti Chet. Akhirnya Ed setuju mengeluarkan biaya RM2800 untuk kak Nah jalani pembedahan secara batin tu. Lokasinya di Klang. Ed sendiri menyaksikan pembedahan itu dijalankan. Kak Nah harus berpantang dari segi makanan. Aku sentiasa mengingatkan kak Nah supaya jaga pantang sebab kak Nah ni pemakan orangnya. Kata Zirah, kak nah makan aje apa yang dihidangkan. Dia langsung tak berpantang dari segi makan ni. Kalau aku tanya, sudah tentu dia kata dia berpantang.
Bedah cara batin tu bertahan hanya lebih kurang setahun saja. Ketika itu, memang doktor dah tak dapat kesan sel barah lagi. Tapi selepas tu, keadaan kak Nah kembali seperti dulu. Akhirnya dia terpaksa dibedah. Kali ni pembedahan dijalankan di Hospital Putrajaya. Aku puji hospital ni. Staf di sini dan layanan mereka memang patut dipuji. Tidak seperti di hospital-hospital daerah yang tak pernah sedar bahawa pesakit juga perlu melihat muka stafnya yang sentiasa tersenyum bukannya yang masam mencuka.
Apabila melawat kak Nah, saudara mara semuanya bercakap tentang kesilapan menghantar kak Nah ke doktor batin dulu. Aku benar-benar rasa bersalah. Apa pun aku bertekad selepas ini, kalau ada sesiapa yang sakit, tugas aku sebagai insan hanyalah bersimpati dan berterusan melawat mereka. No more recommendation tentang tempat berubat. Aku dah serik.Semua ini hanya akan timbul dalam benakku apabila kak Nah masuk hospital lagi. Perlukah aku diari untuk kucatat semua ini? Atau aku biarkan diri aku lupa dan membuat kesilapan yang sama?

Thursday, January 14, 2010
Kesan tutur kata
Berburu ke Padang Datar
dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Kita harus menghayati pantun yang sarat dengan seribu makna ini, tidak kira sama ada kita guru atau ibu bapa. Hakikatnya tanpa sedar kita, cara kita bertutur, cara kita bertindak atau cara kita menangani masalah amat besar pengaruhnya kepada anak-anak. Kita sebenarnya model paling hampir dengan mereka.
Aku masih ingat sewaktu anak-anak ku masih dalam lingkungan usia 3 - 9 tahun. Sebagai ibu muda , aku agak garang. Pantang sahaja anak-anakku membuat kesilapan, sudah pasti aku akan meninggikan suara dan memarahi mereka. Kemudiannya aku merendahkan kembali nada suaraku dan memberitahu mereka rasional tindakan aku itu. Aku kira, dengan cara begitu, anak-anakkua akan faham kenapa mereka dimarahi.
Namun aku lupa bahawa dalam proses aku mendidik itu, aku telah meninggikan suaraku.
Aku tak boleh nak salahkan mereka apabila mereka juga meninggikan suara mereka apabila ingin memarahi adik-adik mereka.
Suatu hari, aku terdengar anakku Dzu menegur adiknya yang melangkah keluar daripada bilik. Ai tak reti nak tutup lampu? Ingat umi cop duit ke?
Aku rasa nak marah kerana anakku yang lebih tua usianya tidak boleh menggunakan bahasa yang lembut untuk menegur adiknya. Dalam hati aku berkata-kata, apa salahnya kalau Dzu minta saja adiknya menutup lampu? Qib, tolong tutup lampu, Kesian umi dan abah, nanti kena bayar bil tinggi. Tentu sejuk hati adiknya.
Walau apapun aku masih bersyukur kerana aku masih tidak terlambat untuk mengubah caraku mendidik anak-anak. Aku cuba sedaya upaya untuk mengawal rasa marah. Kalau marahpun nada suaraku tidak tinggi.
Biasanya kita sebagai manusia, sukar menerima kenyataan bahawa cara kita mendidik anak-anak itu salah.
Oleh itu kita jangan mudah menuding jari kepada pihak lain sepanjang perjalanan hidup kita jika berlaku apa-apa kesilapan. Kita lihat dulu diri kita. Betulkah kita?

Wednesday, January 13, 2010
Dilemma ibu
Umi, tadi ir tak dapat jawab soalan periksa.
kata-kata itu bukan sekali aku dengar. Setiap kali selepas peperiksaan pasti itulah ungkapan yang akan diberitahu kepada aku melalui telefon. Setiap kali itu juga aku pasti memberikan kata-kata semangat kepada ir. "Tak apa, periksa yang dah lepas jangan fikir lagi, concentrate pada paper esok. Aku tahu, itulah kata-kata yang diharapkan daripada aku, ibunya. Setiap kali itu juga aku pasti memberikan kata-kata perangsang untuk dia berusaha lebih keras. Seperti biasa intonasi aku sudah pastinya tidak tinggi. Anak remaja begitu sensitif. Jika kita marah-marah, mereka akan mula merajuk, memikirkan kita tak sayang, tak ambil berat akan mereka dan mula mengasingkan diri.Balik dari kolej pun jarang-jarang. Telefon pun mula kurang. Pening juga kepala memikirkan bagaimana nak pujuk mereka, bagaimana nak sedarkan mereka yang sebagai ibu, kita perlu tegur mereka, kita perlu marah mereka.Dilema sebegini sering bermain dalam mindaku.Aku sentiasa ingat peribahasa Melayu, segala tindakan kita haruslah "bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserak".
Aku tak mahu menceritakan hal ini kepada suamiku. Bebanan fikiran dia sudah cukup banyak. Perlukah aku diari untuk kuluahkan apa yang terpahat di hatiku?

Subscribe to:
Posts (Atom)