Umi, tadi ir tak dapat jawab soalan periksa.
kata-kata itu bukan sekali aku dengar. Setiap kali selepas peperiksaan pasti itulah ungkapan yang akan diberitahu kepada aku melalui telefon. Setiap kali itu juga aku pasti memberikan kata-kata semangat kepada ir. "Tak apa, periksa yang dah lepas jangan fikir lagi, concentrate pada paper esok. Aku tahu, itulah kata-kata yang diharapkan daripada aku, ibunya. Setiap kali itu juga aku pasti memberikan kata-kata perangsang untuk dia berusaha lebih keras. Seperti biasa intonasi aku sudah pastinya tidak tinggi. Anak remaja begitu sensitif. Jika kita marah-marah, mereka akan mula merajuk, memikirkan kita tak sayang, tak ambil berat akan mereka dan mula mengasingkan diri.Balik dari kolej pun jarang-jarang. Telefon pun mula kurang. Pening juga kepala memikirkan bagaimana nak pujuk mereka, bagaimana nak sedarkan mereka yang sebagai ibu, kita perlu tegur mereka, kita perlu marah mereka.Dilema sebegini sering bermain dalam mindaku.Aku sentiasa ingat peribahasa Melayu, segala tindakan kita haruslah "bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserak".
Aku tak mahu menceritakan hal ini kepada suamiku. Bebanan fikiran dia sudah cukup banyak. Perlukah aku diari untuk kuluahkan apa yang terpahat di hatiku?
Wednesday, January 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Lumrah sebagai Umi/Ibu - macam itulah Ibu kita semasa membesarkan kita. Sekarang kita pula berada ditempat dia. (Nasib baiklah kita merupakan anak-anak yang baik, yang sangat menyayangi ke2 ibu bapa).
ReplyDeleteTentang soalan "Perlukah Dairi?" Soalan yang paling susah bagi orang seperti saya kerana memang setiap tahun saya mempunyai Dairi tetapi semangat untuk menulis hanya seketika sahaja bak kata pepatah "Hangat-hangat Tahi AYam" (Tak tahulah Tahi Ayam itu sehangat mana sebab belum pernah terpegang lagi).
Nasib juga saya bekerja kerana saya hanya menulis di Dairi bila ada date line @ urgent filing.
Kesimpulannya bagi soalan "Perlukah Dairi?" Memang Perlu, kalau bukan untuk menulis apa yang berlaku @ apa yang dibuat setiap hari kita perlu juga menulis untuk mengingatkan kita apa yang perlu kita buat pada masa2 @ tarikh-tarikh yang akan datang.
perlu...perlu dairi ni.sekurang2 nya ada tempat utk meluahkan segala yg terpendam di hati,selain tu dpt tunjuk bakat menulis yg terpendam dan org busy body mcm aku dpt baca kisah2 keluarga ni yg terpendam..cuma jgn berdendam dah! berendam ok..jakuzi?
ReplyDeletelagi..mana lagi dairi?banyak ni je ke?apa??tkde masa? apa arr...dairi kena tulis hari2.contoh ye ,contoh macam ni, DEAR DAIRY...hari2 tulis camni n letak date tpi citer kemudian jadi aku tau le org ni slalu semangat nk tulis cuma idea blum mari,tkpe citer isi kemudian....
ReplyDelete