Hospital Putrajaya, 16 Januari, 2010.
Petang tadi melawat Kak Nah. Dia masuk hospital lagi. Kali ini, kakinya bengkak akibat salur darah tersumbat. Aku lihat pipinya kembung dan kulitnya kelihatan gelap. Rambutnya masih botak. Dibiarkannya tanpa memakai serkup kepala. Mungkin dia dah tak larat nak memikirkan tentang penampilan dirinya.
Kali ini, dia tak macam sebelum ini semasa aku melawatnya. Dulu dia jadi pelupa. Tak ingat nama aku, tak ingat macam mana nak terima panggilan telefon yang diterimanya.Dia banyak mengulang semula soalan yang diajukan kepadanya. Kali ini dia dah ingat. Ayat-ayat Al Quran yang dihafalnya dulu juga dia telah ingat kembali. Alhamdulillah.
Namun, aku terkilan kerana atas nasihat aku, dia lambat menjalani pembedahan. Tiga tahun lalu, dia memberitahuku bahawa dia mengidap breast cancer. Dah stage 3. Coming monday nanti dia dah buat appointment untuk operate. Aku nasihati dia supaya pergi berjumpa doktor yang kawanku syorkan - pembedahan secara batin. Telah terbukti berjaya katanya.
Aku sebenarnya teringat kawanku chet yang telah meninggal dunia. Dia meninggal selepas setahun dikesan mengidap penyakit kanser usus. Dia cepat give up. Aku lihat dia semakin cengkung selepas menjalani kimo. Baru kali ketiga kimo, dia beritahu aku bahawa dia lebih rela mati daripada melengkapkan kimo.
Hal-hal sebegini membuatkan aku terlebih simpati dan berusaha untuk membantu kak Nah. Aku telefon anaknya Ed. Aku beritahu Ed, kimo tu terlalu menyakitkan. Aku takut, kak nah tak dapat bertahan dan cepat give up seperti Chet. Akhirnya Ed setuju mengeluarkan biaya RM2800 untuk kak Nah jalani pembedahan secara batin tu. Lokasinya di Klang. Ed sendiri menyaksikan pembedahan itu dijalankan. Kak Nah harus berpantang dari segi makanan. Aku sentiasa mengingatkan kak Nah supaya jaga pantang sebab kak Nah ni pemakan orangnya. Kata Zirah, kak nah makan aje apa yang dihidangkan. Dia langsung tak berpantang dari segi makan ni. Kalau aku tanya, sudah tentu dia kata dia berpantang.
Bedah cara batin tu bertahan hanya lebih kurang setahun saja. Ketika itu, memang doktor dah tak dapat kesan sel barah lagi. Tapi selepas tu, keadaan kak Nah kembali seperti dulu. Akhirnya dia terpaksa dibedah. Kali ni pembedahan dijalankan di Hospital Putrajaya. Aku puji hospital ni. Staf di sini dan layanan mereka memang patut dipuji. Tidak seperti di hospital-hospital daerah yang tak pernah sedar bahawa pesakit juga perlu melihat muka stafnya yang sentiasa tersenyum bukannya yang masam mencuka.
Apabila melawat kak Nah, saudara mara semuanya bercakap tentang kesilapan menghantar kak Nah ke doktor batin dulu. Aku benar-benar rasa bersalah. Apa pun aku bertekad selepas ini, kalau ada sesiapa yang sakit, tugas aku sebagai insan hanyalah bersimpati dan berterusan melawat mereka. No more recommendation tentang tempat berubat. Aku dah serik.Semua ini hanya akan timbul dalam benakku apabila kak Nah masuk hospital lagi. Perlukah aku diari untuk kucatat semua ini? Atau aku biarkan diri aku lupa dan membuat kesilapan yang sama?
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment