WELCOME TO MY BLOG

PERLUKAH DAIRI

Friday, January 22, 2010

Samar

Surat kepada Perdana Menteri.
Itulah tajuk pertandingan menulis esei anjuran siapa , aku pun tak pasti. Anakku Qib berhasrat untuk menyertai pertandingan menulis esei ini. Sebelum ini pun dia biasa menyertainya. Katanya dia nak menang. Kalau hadiahnya wang, dia nak kumpul untuk membeli sebuah motorsikal. Semasa di tingkatan 3 dia menyertai pertandingan esei Yayasan Perdana. Dia hanya mendapat sagu hati yang berupa voucher RM100 untuk membeli buku di MPH. Anakku yang sulung juga mendapat sagu hati.

Semasa ditingkatan 3 juga ada pertandingan menulis cepen anjuran DBP, kalau aku tak silap. Dia turut nak mencuba nasib. Namun kerana keghairahannya inginkan sebuah motorsikal, tajuk yang dipilih sebagai hasil karyanya ialah 'Bila nak beli motor'. Bahasanya agak baik. Jalan ceritanya masih menarik tetapi isunya mungkin kurang nilai yang perlu ada untuk dipilih sebagai pemenang. Dia tidak kecewa gagal memenangi sebarang tempat. Selepas setahun dia menerima sijil penyertaan daripada DBP. Sijil pun sudah cukup membuatkan dia gembira.

Semasa di tingkatan 4, dia telah diterima masuk ke sekolah SBP di Kuala Lumpur. Ketika ini, dia telah menyahut cabaran MPH untuk menulis esei dalam bahasa Inggeris. Kalau tak silap aku, temanya 'staying and leaving'. Lama betul nak tunggu keputusannya. Namun dia masih juga gagal untuk memenangi sebarang hadiah. Aku buka laman web MPH. Dia tak kisah sangat, dia tak menang kerana katanya bukan eseinya tak bagus tapi esei orang lain lebih bagus daripada eseinya. Hanya dia harapkan ada sijil penyertaan yang diberi oleh MPH. Sekarang ni dia dalam tingkatan 5, sijil itu masih tak nampak lagi. Nampak gayanya tak adalah tu.

Qib tak berputus asa, kali ni dia nak menyertai pertandingan menulis Surat kepada Perdana Menteri. Semangat itu aku kagumi dan sokong.

Namun keberhasilannya masih SAMAR.

Adakah kali ini dia akan mendapat tempat sebagai pemenang?
Adakah dia akan mendapat motorsikal seperti yang diimpikan?
Yang jelas, aku tak akan membelikannya motorsikal.
Remaja dan motorsikal! Kata hatiku tak mengizinkan. Mungkinkah kerana itu dia tak menang?

No comments:

Post a Comment