WELCOME TO MY BLOG

PERLUKAH DAIRI

Thursday, March 18, 2010

Begitukah tatkala tua?

Sudah lama aku nak tulis tentang perkara ini. Namun aku tangguhkan kerana topik ini tidak sepatutnya aku luahkan sama ada pada kawan-kawan ataupun di dalam diari apatah lagi untuk tatapan umum di dalam blog.

Emak dan abah aku. Aku rasa mereka berkahwin atas dasar cinta. Walaupun usia mereka telah melebihi 70 tahun sejak dua tahun yang lalu namun seingat aku, perbualan yang tenang dan penuh kegembiraan antara mereka berdua hanya boleh bertahan dalam 10 minit sahaja. Setiap patah perkataan atau ayat yang keluar daripada mulut masing-masing pasti tidak akan disenangi oleh satu sama lain. Mereka akan berbalah tentang apa sahaja walau di mana mereka berada.
Oleh sebab, kami tinggal berhampiran atau dalam lingkungan keluarga sebelah emak maka, mereka tidak segan silu untuk berbalah-bertengkar. Itu merupakan satu senario yang sangat biasa. Kalau nak lihat perbualan panjang yang aman dan tenteram dan penuh kegembiraan ialah masa keluarga sebelah abah datang. Masa tu sure mereka tak bergaduh. Malu.

Sebagai anak, aku tak tahu lagi nak kata apa; sebab, aku sudah pastinya akan bercakap dengan nada yang sedikit tinggi supaya mereka berdua berhenti bertengkar. Dan dalam proses itu, sudah tentunya ada yang akan tersinggung.

Anak-anak aku sejak kecil lagi dah biasa mendengar wan dan atok mereka bertengkar. Pada waktu pagi, aku atau suami akan hantar mereka ke sekolah. Waktu balik emak dan abah akan mengambil mereka. Aku rasa mereka gembira dengan tugas itu. Anak-anakku sayang akan atuk dan wan mereka. Namun apa yang aku terkilan ialah, anak-anakku sentiasa mendengar perbalahan mereka.
" Umi, tadi wan dengan atok bergaduh.... Sebenarnya, puncanya hanya perkara yang remeh-temeh.

Mereka sebenarnya tak tahu tentang kesan mereka berbalah itu. Aku tak tahu kesannya pada anak-anakku. Aku lihat walaupun dua orang anakku di U, dua lagi di boarding school dan satu masih dalam darjah tiga, mereka semua begitu menghormati dan sayang akan wan dan atok mereka 'despite' sikap suka berbalah pada setiap masa tu. Syukur alhamdulillah.

Namun kesannya pada aku dan suamiku yang aku risau sangat. Suami aku dari awal-awal perkahwinan lagi dah nampak sikap suka berbalah ini. Dia dah awal lagi warning aku. Katanya, isteri harus respect suami. Suara jangan tinggi bila bercakap dengan suami.
Aku cuba menjadi isteri yang baik terutama dari segi tuturkata kepada suamiku.

Yang aku tak boleh kawal sekarang ialah perasaan aku, pandangan aku kepada emak dan abah apabila mereka masih tetap seperti itu. BERBALAH. Kadangkala aku terfikir, dulu mereka ni kena kahwin paksa ke? Kalau setiap patah perkataan yang keluar perlu dijadikan topik pergaduhan, kenapa mereka kahwin dulu? Atau bila dan menginjak ke usia 40-an baru datang sikap begitu?

Apapun aku harus ingat " walau buruk bagaimanapun sikap mereka (suka berbalah), mereka tetap emak dan abah aku" - aku mesti respect, aku mesti beri mereka rasa sedikit kemewahan yang termampu , aku mesti senangkan hati mereka.

Namun,

Satu perkara yang mereka tidak sedar ialah, aku dan adik-adikku sebenarnya merupakan mangsa yang akan berdosa akibat tindakan mereka yang suka berbalah itu. Setiap kali aku menegur sikap mereka, aku akan berdosa apatah lagi jika aku terpaksa meninggikan suara - kerana mereka seperti kanak-kanak yang sentiasa hendak menang - tidak pernah merasa mereka bersalah - puas hati setelah dapat menyakitkan hati antara satu sama lain.
Kepuasan hati yang sukar di tafsirkan, sukar diterjemah, sukar dihuraikan, sukar dimengertikan.

Walaupun beberapa tahun lagi aku akan menginjak ke usia 50, aku harap aku tidak akan menjadi begitu - aku tidak mahu berbalah - berbalah itu menyerabutkan!

1 comment:

  1. Ermmmm....camana nak citer eh? Biasanya bila pertengkaran seperti ini berlaku, aku boleh bersabar & masih boleh bercakap lembut pada emak & abah, tapi hari ini ada sesuatu yg berlaku yg agak sedih juga bila emak kata aku penakut sebab emak suruh aku cakap pada abah (ada pertengkaran berlaku sebelum itu diantara mereka berdua yg aku x dengar tp dh dicerita oleh emak pada aku, pada aku perkara itu perkara kecil shj) aku ada bercakap pd abah bahawa emak kecil hati dengan apa yg abah cakap (tp aku x cakap semuanya pada abah sebab aku x mahu abah rasa malu jika anaknya menegur perbuatannya) dan aku x mahu abah rasa kecil hati. Aku usap belakang emak & memujuknya, biar dia cool sikit. Pada abah aku cakap macam biasa, macam x ada apa2 yg berlaku. X mengapa aku dituduh penakut, kerana mmg sesungguhnya aku PENAKUT, TAKUT EMAK @ ABAH kecil hati.

    ReplyDelete